Apakah maksud MNP? Mobile Number Portability : proses mengekalkan nombor lama ke telko baru mengikut pilihan pelan oleh pengguna.
Apa Yang Berlaku Semasa Proses MNP?
1) Wakil syarikat telko akan menghantar permohonan kekal nombor lama melalui sistem Telko A. Permohonan akan diproses dan dihantar kepada Telko B.
2) Jika semua maklumat sama seperti pemilik asal nombor, syarikat telko B akan menghantar sms pengesahan kepada pengguna berkenaan dan sms perlu dijawab mengikut format sms yang diterima dalam jangkamasa yang tertera di dalam sms.
3) Jika pengguna tidak menjawab sms yang diterima dalam tempoh masa berkenaan, proses MNP terpaksa diproses semula.
4) Proses MNP biasanya mengambil masa 1-5 hari bekerja.
5) Syarat MNP:
- Nombor Masih Aktif
- Ada Baki Kredit Minima untuk menjawab sms portout
- Tiada Kontrak/hutang sms/ kredit dengan telko lama
- Maklumat yang diproses adalah sahih seperti penama asal nombor
6) Selepas sms dijawab oleh pengguna, permohonan akan diproses oleh telko lama dan akan mengambil masa 1 hingga 5 hari bekerja. Walau bagaimanapun, mengikut pengalaman admin, masa adalah berbeza-beza bagi setiap permohonan dan selalunya tidak melebihi 48jam.
7) Apa yang berlaku semasa tempoh itu? Jangan risau, pengguna masih boleh menerima panggilan, sms dan menggunakan internet selagi talian lama belum hilang.
8) Jika Talian lama hilang, pengguna boleh memasukkan simkad MNP yang diterima menggantikan simkad lama yang sudah tidak boleh digunakan.
Tips: pengguna digalakann memindahkan/ salin semua nombor yang disimpan dalam simkad ke dalam handphone untuk memudahkan pengguna selepas mendapat simkad baru.